Mengapa Facebook Ads Anda Tak Jalan?

#PENTING: KALAULAH IKLAN ANDA TAK BERJALAN, APA NAK BUAT ?

Iklan tak jalan? Apa maknanya iklan tak berjalan?

 

Iklan tak berjalan, maksudnya adalah:

Campaign Reach bernilai ’0‘ atau kurang dari 1000 selepas 24 jam iklan diluluskan. Ini bermakna, iklan yang kita set up di FB ads masih tidak dipaparkan kepada audiens sasaran, ataupun, terlalu kurang iklan dipaparkan. (kurang 1000 view/impression dalam 24 jam)

Anda perlu tahu apa punca-punca iklan tak jalan. Di sini saya rumuskan beberapa punca iklan tak jalan.

#1: Persaingan Pada Audiens Yang Sama

Selain dari kita, mungkin pengiklan lain turut mensasarkan target/audien yang sama seperti kita pilih. Sebagai contoh, mereka target ustaz, kita pun target ustaz. 

Kebanyakan pesaing-pesaing ni mungkin bukan orang yang mahir FB ads, dan mereka berpotensi letak bid tinggi-tinggi atau gunakan autoCPM. So, FB utamakan mereka dahulu, dan ads mereka lebih kerap dipaparkan. Kita yang bid rendah ni, berpotensi ketinggalan, ads tak jalan.

Tapi DON’T WORRY…Ada solusinya…

Pengiklan-pengiklan yang letak bid tinggi ini, biasanya ads diorang memang cepat jalan, tapi CTR teruk, klik sangat kurang. So dengan itu, ianya kurang mendatangkan untung kepada pihak Facebook.

Facebook utamakan keuntungan, tu kita kena ingat. Kalau orang tu bid tinggi, tapi iklan tak dapat sambutan,FB JUGA RUGI…Dia dah tolong run ads, dapat impression tinggi, tapi klik rendah..ads tu sendiri akan STOP selepas tu..

Terdapat beberapa cara untuk atasi persaingan ini, iaitu:

1.  Kita buat ads yang berkualiti, yang mana berpotensi untuk dapatkan klik/CTR yang tinggi.

Dengan CTR yang tinggi, kita mampu membuatkan ads kita berjalan laju. Iklan laju, dgn CTR yang bagus, sudah pasti mendapat klik yang tinggi. Dengan itu, pihak FB juga dapat untung. Kita dapat untung, fb dapat untung. Iklan jenis ini FB suka…Untuk hasilkan ads yang berkualiti, kita perlu pilih VERY TARGETTTED AUDIENCE – kalau buat page post ads, boleh spesific lagi target kita – contohnya kita target pada jenama pesaing, lokasi, umur, relationship, dll. Seterusnya – pemilihan gambar yang JELAS LAGI MENARIK PERHATIAN. Gambar memainkan peranan sangat penting untuk menarik perhatian audience. Dan seterusnya adalah ayat iklan…

2. Kita biar saja ads kita berjalan, walaupun slow

Kadang-kadang, apabila pesaing lain memberhentikan iklan mereka, iklan kita boleh melonjak naik (berjalan laju). Iklan jenis camni, yang mana anda setup n go ni, anda boleh letak bid rendah2 saja…Kadang-kadang, hujung minggu ads kita berjalan laju…ada peserta coaching saya buat ads dgn 0.01$, buat tak jalan..tapi dibiarkan seminggu dua, 10k LIKE dapat dgn 0.01USD.

3. SPESIFIC atau KECIKKAN LAGI AUDIENCE – 

Ya, anda boleh kecilkan lagi audience anda. Jika anda buat page post ads, ianya boleh dikecilkan hingga 30k audience. KEcil, tapi lebih spesific. COntohnya anda boleh target audience yang mana mereka adalah fans fanpage anda, atau anda target friends of fans. Atau anda juga boleh target berdasarkan lokasi, umur, jantina, agama….

#2: Nilai Daily Budget Terlalu Rendah

Mungkin FB tak jalankan ads kita disebabkan daily budget kita letak rendah. Kalau ads kita berpotensi hasilkan CTR tinggi, budget rendah pun masih boleh jalan iklan kita. Jadi, naikkan DAILY BUDGET (max 30USD) anda tapi kekalkan nilai bid CPC…(0.03USD). 

Kadang-kadang, kalau kita buat lebih 3 ads dalam satu kempen, nilai daily budget yang kita letakkan tu hanya akan diperuntukkan untuk iklan yang terawal atau iklan yang terbaik. Itu antara satu sebab ada ads yang berjalan, ada yang tidak.

#3: Nilai Bid Rendah

Memang 3 cent tu ok, tapi kadang-kadang FB katakannya sangat rendah. Tapi jangan risau! Kita boleh bantu ads berjalan dengan naikkan bid CPC tu..naikkan sedikit-sedikit. Dari 3 cent ke 4 cent, dari 4 cent ke 5 cent..saya syorkan, JANGAN LEBIH 5 CENT…Kalau iklan berkualiti, CTR yang dihasilkan bagus..Dan automatic price CPC yang kita dapat adalah lebih murah dari bid…

#4: Jenis Ads Yang Digunakan

Anda perlu tahu, setiap jenis ads potensi kelajuannya (betapa cepatnya) ianya untuk berjalan adalah berbeza. Iklan new ads adalah paling lambat berjalan kerana ini adalah iklan favourate ramai pengiklan. Satu lagi, ianya perlu lalui proses review yang agak memakan masa oleh pihak FB. Satu kaedah [percepatkan ads jenis ini adalah dengan memilih bid jenis autoCPM atau bid CPM..Tapi ingat, cuba hasilkan ads yang berkualiti, dan control by budget. 

Letakkan daily budget USD5 ke bawah…Iklan jenis page post ads pula adalah lebih cepat diluluskan, dan cepat berjalan. Yang ni sesuai kita gunakan bid jenis CPC. Dan ads paling cepat lulus, dan paling cepat berjalan adalah jenis SPONSORED POST. 

Gunakan button promote di fanpage anda, dan tekan…Iklan anda mampu capai ramai audience dalam masa yang singkat. Cuma ianya menggunakan autoCPM…
Sebenarnya, ada beberapa faktor kecil yang lain yang turut menyebabkan iklan tak berjalan. Tapi di atas adalah punca-punca utama!

Anda dapat sesuatu dari post ni? Jemput share di FB anda.

0 comments:

Post a Comment