CTR? What is that?

CTR, Click Through Rate adalah satu indeks bacaan pada FB Ads manager yang mana ianya memberi ukuran akan keberkesanan iklan yang dibuat dalam mendapatkan klik terhadap iklan yang dipaparkan.
Formulanya, adalah..

CTR = (Jumlah klik / jumlah impression) %

Lihat contoh kiraan di bawah:

Kiraan CTR
Iklan 3  - Jumlah impression 33, 695, jumlah klik 1412
CTR nya adalah, CTR = (1412/33,695) X 100%
= 4.191%

#Kenapa kita perlu dapatkan CTR yang tinggi?

Sebagai pengiklan, kita perlu dapatkan CTR yang tinggi kerana:

1. CTR tinggi menunjukkan iklan kita adalah berkesan untuk menarik perhatian audiens. Iklan yang berkesan, dapat menghasilkan jumlah klik yang tinggi.
2. CTR tinggi dapat hasilkan iklan yang berjalan laju, yang mana jumlah reach (jumlah audiens yang melihat iklan) dapat ditingkatkan dengan lebih pantas. Lebih ramai yang melihat iklan anda, lebih tinggi potensi keuntungan jualan anda.
3. CTR tinggi membantu anda mendapatkan kos iklan yang lebih murah.
Anda pasti inginkan CTR yang tinggi dari iklan yang anda jalankan bukan? Disini saya ingin kongsikan bagaimana untuk dapatkan CTR yang tinggi bagi iklan anda.

#Teknik 1: Gunakan Page Post Ads/Promote Post Ads

Ya, gunakan iklan jenis ini. Iklan jenis ini membantu anda untuk dapatkan CTR yang tinggi. Ianya agak berbeza bagi iklan jenis “new ads”. 

CTR yang diperolehi adalah tinggi kerana gambar yang dipaparkan adalah lebih besar berbanding iklan biasa (new ads). 

Manakala iklan jenis promoted post, ianya dipaparkan di newsfeed audien, dan sudah pasti paparannya adalah yang terbesar, paling jelas. Maka sebab itulah CTR nya adalah tinggi.

 

#Teknik 2: Gunakan Bid Type, CPC

 

CPC (cost per click), adalah yang paling sesuai untuk dapatkan CTR yang tinggi sekiranya anda menjalankan iklan new ads ataupun page post ads (iklan ini muncul di sidebar kanan akaun FB audien).

Jika dibandingkan dengan penggunaan CPM atau autoCPM, penggunaan CPC adalah lebih efektif untuk hasilkan CTR yang tinggi.

Berbanding pula dengan CPM, penggunaan CPM memang agak berisiko, di mana anda boleh mencapai audiens yang besar dalam masa yang singkat, tapi kadar klik adalah rendah, seterusnya menghasilkan CTR yang rendah.

#Teknik 3: Gunakan Gambar Iklan Yang Jelas, Relevan & Menarik Perhatian

Sudah pasti penggunaan gambar iklan yang jelas, relevan dan menarik perhatian mampu membantu anda mendapatkan perhatian audiens dengan lebih mudah. 

Dan seterusnya, ayat iklan yang berkaitan mampu menarik audien untuk klik pada iklan anda. Seterusnya, ini akan menyumbang kepada peningkatan nilai CTR iklan tersebut. 

Ada sumber berkata, gambar iklan menyumbangkan hampir 70%  kepada klik yang diperolehi.

#Teknik 4: Pilih Targetted Audience

Dengan memilih audien yang lebih spesifik, lebih relevan, iaitu dari segi umur, jantina, lokasi, minat audiens, CTR yang dihasilkan mampu mencapai nilai yang sangat tinggi. Lebih kecil target anda, lebih tinggi potensi CTR yang bakal anda perolehi. 

Oleh itu, cuba kaji prospek audiens anda sedalam-dalamnya. Data-data ini boleh diperolehi dari google trends, yahoo clues, fanpage insight dan lain-lain, termasuk database offline yang pernah anda rekod.

#Teknik 5: Pilih Newsfeed Mobile

 

Dengan FB Ads, anda boleh memilih samada audiens anda boleh melihat iklan anda di dekstop dan juga mobile. 

Jika anda memilih audien sasaran anda hanya pada mobile sahaja, kadar CTR memang lebih tinggi. Ini kerana pengguna smartphone/mobile yang melayari facebook adalah lebih tinggi  berbanding pengguna yang melayari FB melalui dekstop.

Almaklumlah, smartphone duduknya dalam poket, desktop di rumah.:-)

Nota: Fungsi ini hanya boleh digunakan melalui Power Editor.

#Teknik 6: Audien, Promote Kepada Fans Sahaja!

Ya, jika anda promosikan iklan anda hanya kepada fans anda sahaja, CTR yang diperolehi memang tinggi. Ini kerana mereka telah kenali fanpage anda. 

Dan apabila mereka melihat iklan anda, pasti mereka kenalinya dan seterusnya klik iklan tersebut. Promosi kepada mereka yang dah kenal anda memang mudah:-) 

Iklan offer adalah sangat sesuai digunakan bagi teknik ini.

#Teknik 7: Sponsored Story

Apabila anda membina iklan, fungsi ni akan dipaparkan bersama dengan iklan anda sekiranya anda tak “remove” kannya. 

Iklan ini akan memaparkan aktiviti yang dilakukan oleh fans anda di post tersebut. Jadi, audiens sasaran kita yang melihat iklan ini berpotensi untuk melihat nama rakan mereka pada iklan tersebut. Ini menimbulkan rasa ingin tahu mereka untuk klik iklan.

#Teknik 8: Guna Video

 

Penggunaan video memberikan impak tinggi dalam pengiklanan anda. CTR yang dihasilkan adalah tinggi kerana “play button” yang dipaparkan pada gambar iklan. Anda boleh mencubanya:-) Apa yang penting, elakkan gunakan url youtube untuk promo menggunakan video. Gunakan video dengan meng “upload” nya sendiri ke post fanpage anda.

Kesimpulannya – CTR memang sangat penting dalam kempen pengiklanan FB Ads. Ianya menentukan keberkesanan iklan yang dijalankan. CTR yang tinggi membantu jimatkan kos iklan, percepatkan iklan sampai kepada audiens sasaran. 

Tapi anda perlu ingat, CTR tinggi bukanlah penentu kejayaan iklan anda. Kejayaan utama untuk iklan FB anda adalah – KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI.

 

 

 

#PENTING: KALAULAH IKLAN ANDA TAK BERJALAN, APA NAK BUAT ?

Iklan tak jalan? Apa maknanya iklan tak berjalan?

 

Iklan tak berjalan, maksudnya adalah:

Campaign Reach bernilai ’0‘ atau kurang dari 1000 selepas 24 jam iklan diluluskan. Ini bermakna, iklan yang kita set up di FB ads masih tidak dipaparkan kepada audiens sasaran, ataupun, terlalu kurang iklan dipaparkan. (kurang 1000 view/impression dalam 24 jam)

Anda perlu tahu apa punca-punca iklan tak jalan. Di sini saya rumuskan beberapa punca iklan tak jalan.

#1: Persaingan Pada Audiens Yang Sama

Selain dari kita, mungkin pengiklan lain turut mensasarkan target/audien yang sama seperti kita pilih. Sebagai contoh, mereka target ustaz, kita pun target ustaz. 

Kebanyakan pesaing-pesaing ni mungkin bukan orang yang mahir FB ads, dan mereka berpotensi letak bid tinggi-tinggi atau gunakan autoCPM. So, FB utamakan mereka dahulu, dan ads mereka lebih kerap dipaparkan. Kita yang bid rendah ni, berpotensi ketinggalan, ads tak jalan.

Tapi DON’T WORRY…Ada solusinya…

Pengiklan-pengiklan yang letak bid tinggi ini, biasanya ads diorang memang cepat jalan, tapi CTR teruk, klik sangat kurang. So dengan itu, ianya kurang mendatangkan untung kepada pihak Facebook.

Facebook utamakan keuntungan, tu kita kena ingat. Kalau orang tu bid tinggi, tapi iklan tak dapat sambutan,FB JUGA RUGI…Dia dah tolong run ads, dapat impression tinggi, tapi klik rendah..ads tu sendiri akan STOP selepas tu..

Terdapat beberapa cara untuk atasi persaingan ini, iaitu:

1.  Kita buat ads yang berkualiti, yang mana berpotensi untuk dapatkan klik/CTR yang tinggi.

Dengan CTR yang tinggi, kita mampu membuatkan ads kita berjalan laju. Iklan laju, dgn CTR yang bagus, sudah pasti mendapat klik yang tinggi. Dengan itu, pihak FB juga dapat untung. Kita dapat untung, fb dapat untung. Iklan jenis ini FB suka…Untuk hasilkan ads yang berkualiti, kita perlu pilih VERY TARGETTTED AUDIENCE – kalau buat page post ads, boleh spesific lagi target kita – contohnya kita target pada jenama pesaing, lokasi, umur, relationship, dll. Seterusnya – pemilihan gambar yang JELAS LAGI MENARIK PERHATIAN. Gambar memainkan peranan sangat penting untuk menarik perhatian audience. Dan seterusnya adalah ayat iklan…

2. Kita biar saja ads kita berjalan, walaupun slow

Kadang-kadang, apabila pesaing lain memberhentikan iklan mereka, iklan kita boleh melonjak naik (berjalan laju). Iklan jenis camni, yang mana anda setup n go ni, anda boleh letak bid rendah2 saja…Kadang-kadang, hujung minggu ads kita berjalan laju…ada peserta coaching saya buat ads dgn 0.01$, buat tak jalan..tapi dibiarkan seminggu dua, 10k LIKE dapat dgn 0.01USD.

3. SPESIFIC atau KECIKKAN LAGI AUDIENCE – 

Ya, anda boleh kecilkan lagi audience anda. Jika anda buat page post ads, ianya boleh dikecilkan hingga 30k audience. KEcil, tapi lebih spesific. COntohnya anda boleh target audience yang mana mereka adalah fans fanpage anda, atau anda target friends of fans. Atau anda juga boleh target berdasarkan lokasi, umur, jantina, agama….

#2: Nilai Daily Budget Terlalu Rendah

Mungkin FB tak jalankan ads kita disebabkan daily budget kita letak rendah. Kalau ads kita berpotensi hasilkan CTR tinggi, budget rendah pun masih boleh jalan iklan kita. Jadi, naikkan DAILY BUDGET (max 30USD) anda tapi kekalkan nilai bid CPC…(0.03USD). 

Kadang-kadang, kalau kita buat lebih 3 ads dalam satu kempen, nilai daily budget yang kita letakkan tu hanya akan diperuntukkan untuk iklan yang terawal atau iklan yang terbaik. Itu antara satu sebab ada ads yang berjalan, ada yang tidak.

#3: Nilai Bid Rendah

Memang 3 cent tu ok, tapi kadang-kadang FB katakannya sangat rendah. Tapi jangan risau! Kita boleh bantu ads berjalan dengan naikkan bid CPC tu..naikkan sedikit-sedikit. Dari 3 cent ke 4 cent, dari 4 cent ke 5 cent..saya syorkan, JANGAN LEBIH 5 CENT…Kalau iklan berkualiti, CTR yang dihasilkan bagus..Dan automatic price CPC yang kita dapat adalah lebih murah dari bid…

#4: Jenis Ads Yang Digunakan

Anda perlu tahu, setiap jenis ads potensi kelajuannya (betapa cepatnya) ianya untuk berjalan adalah berbeza. Iklan new ads adalah paling lambat berjalan kerana ini adalah iklan favourate ramai pengiklan. Satu lagi, ianya perlu lalui proses review yang agak memakan masa oleh pihak FB. Satu kaedah [percepatkan ads jenis ini adalah dengan memilih bid jenis autoCPM atau bid CPM..Tapi ingat, cuba hasilkan ads yang berkualiti, dan control by budget. 

Letakkan daily budget USD5 ke bawah…Iklan jenis page post ads pula adalah lebih cepat diluluskan, dan cepat berjalan. Yang ni sesuai kita gunakan bid jenis CPC. Dan ads paling cepat lulus, dan paling cepat berjalan adalah jenis SPONSORED POST. 

Gunakan button promote di fanpage anda, dan tekan…Iklan anda mampu capai ramai audience dalam masa yang singkat. Cuma ianya menggunakan autoCPM…
Sebenarnya, ada beberapa faktor kecil yang lain yang turut menyebabkan iklan tak berjalan. Tapi di atas adalah punca-punca utama!

Anda dapat sesuatu dari post ni? Jemput share di FB anda.


Ketahui 7 sebab kenapa anda patut guna Facebook Ads sebagai medium pemasaran bisnes anda di internet.

# PASARAN LOCAL YANG SEMAKIN MEMBESAR!

Pengguna Facebook di Malaysia semakin meningkat! Pada tahun 2011, satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa Malaysia berada di ranking ke-17 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna FB iaitu dengan jumlah12,193,600 pengguna pada tahun 2011.

Lihat, di Malaysia sahaja, terdapat lebih 12 juta prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda!

# PASARAN GLOBAL YANG LUAS


Sebelum ni di Malaysia sahaja! Kini ditunjukkan pula pengguna FB di seluruh dunia! Menurut survey dari pihak http://www.internetworldstats.com, terdapat seramai 835,525,280 pengguna FB pada 31 Mac 2012! Anda berpotensi memasarkan produk anda kepada lebih 800 juta pengguna FB di seluruh dunia.

KOS PENGIKLANAN MURAH

Jika anda tanya mana-mana usahawan internet yang pernah menggunakan FB Ads, FB Ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan! Kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik/paparan di Facebook. Jika dibandingkan dengan pengiklanan lain, seperti pengiklanan Google, pengiklanan banner blog, iklan di FORUM, FB Ads memang menjadi pilihan! Jika dibandingkan dengan iklan offline pula, FB Ads jauh lebih menjimatkan!

PASARAN YANG LEBIH TERTUMPU BERDASARKAN DEMOGRAPHIC DATA

Ya, ini antara yang paling best! Anda boleh iklankan produk anda kepada prospek berdasarkan umur mereka, jantina, kelayakan mereka, kawasan tempat tinggal mereka, minat mereka, status perkahwinan mereka dan banyak lagi! Pilih prospek ikut online casino blackjack kesesuaian dengan produk yang ingin
dipromosikan!


# PEMASARAN VIRAL

Iklan anda bukan saja diterima oleh target anda sahaja, tapi ianya akan tersebar secara VIRAL. Anda promosi produk anda kepada 10 orang, tapi 100 orang akan terimanya hasil kehebatan button share, like, comment yang ada pada Facebook.

# RAMAI SUKA SHOPPING DI FB

Ini bukan auta, tapi fakta! Majoriti mereka yang berumur 18-34 tahun gemar membeli belah di FB. Mereka suka membeli produk pakaian, gajet, permainan, kek, dan bermacam-macam lagi. Jika anda tidak mengambil peluang ini, anda memang rugi! Lubuk duit adalah di FB!

# CEPAT DIJALANKAN

Inilah yang paling disukai ramai, ianya PANTAS! Anda boleh cipta iklan anda, dan “publish”nya dalam masa yang singkat! Dan anda juga boleh mendapat beribu-ribu pelawat ke web jualan anda dalam masa 1-2 jam sahaja! Inilah yang kami sendiri sudah laluinya! Menyeronokkan apabila web jualan anda dilawati oleh begitu ramai orang dalam masa yang singkat dengan duduk di depan laptop sambil minum kopi “o”. Bayangkanlah..


Iklan FB Ads..

Pasti anda biasa dengar? Tapi adakah anda tahu apakah “FB Ads” ini? Jika tahu, bagus…Tak tahu? Pun bagus! Ini kerana saya akan terangkan apa itu FB Ads.


FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising..dalam Bahasa Melayu, Pengiklanan Facebook!
Facebook menyediakan ruang untuk pengiklan untuk mengiklankan produk, servis, komuniti mereka dan sebagainya kepada jutaan pengguna Facebook berdasarkan;
  • data geografi (di mana pengguna FB berada),
  • data demografi (umur, jantina dan status pengguna FB) ,
  • data sosiografi (apa yang pengguna FB suka), dan juga
  • data sosiografi (hubungan antara seorang pengguna FB dengan pengguna FB yang lain yang telah sertai mana-mana fanpage atau group).
Di mana iklan dipaparkan? Dan bagaimana ianya dipaparkan?

Iklan FB ini dipaparkan di beberapa ruang pengiklanan FB mengikut ‘gajet’ yang digunakan oleh pengguna untuk melayari Facebook.

Paparan Iklan Buat Pengguna desktop, laptop & tab

Sekiranya pengguna menggunakan laptop/desktop/tab, paparan iklan dapat dilihat di:

1) Sidebar Akaun Facebook Audien.

Jika anda buka akaun FB anda, samada anda sedang layari newsfeed, mahupun sertai mana-mana group, anda akan jumpa iklan-iklan ini.



2) Newsfeed Audien.

Sekiranya audien sasaran anda membuka paparan newsfeed mereka, mereka akan jumpa iklan ini di kedudukan teratas. Anda boleh lihat perkataan “sponsored” pada iklan tersebut. 


Paparan Iklan Buat Pengguna Smartphone

Sekiranya pengguna smartphone seperti iphone, android, dan lain-lain melayari FB, paparan iklan hanya dapat dilihat pada newsfeed sahaja.

Lihat paparan di bawah;

1) Iklan sponsored post – Anda boleh iklankan post yang anda dibina di fanpage anda. Ianya dipaparkan seperti di bawah.



2) Iklan sponsored page. 


Jika anda promosikan fanpage anda untuk mendapatkan LIKE, ianya dipaparkan seperti di bawah.
 
 

Begitulah paparan iklan FB yang bakal dilihat oleh audien samada mereka menggunakan laptop, desktop, tab ataupun menggunakan smartphone. 

FAKTA: Lebih dari 50% pengguna FB melayari FB melalui smartphone mereka pada setiap hari

Dari fakta ini, iklan anda bukan saja dilihat dari dekstop, tab, laptop, tapi ianya dilihat melalui smartphone pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Bagaimana iklan FB di kenakan bayaran?

Pengiklan dikenakan bayaran melalui kad kredit/kad debit ataupun paypal. Seperti saya, saya gunakan kad debit Public Bank dan juga paypal (saya ada 2 akaun FB).

Iklan FB ini dikenakan bayaran melalui 3 cara, iaitu;

1) CPC – cost per click

Iklan anda hanya dikenakan bayaran apabila iklan yang dipaparkan diklik oleh audien sasaran. Ada orang klik, baru kena bayar! 

Tiada klik, tak payah bayar! Kadar bayaran adalah berdasarkan nilai bid yang pengiklan letakkan. 

Jika nilai bid CPC yang diletakkan adalah USD0.09, maka kos CPC yang dikenakan mungkin USD0.09 ataupun lebih rendah (jika iklan kita bagus, FB biasanya akan beri diskaun).

Contoh: Anda boleh lihat paparan di bawah

 

2) CPM – cost per 1000 impression/view

CPM adalah kos yang dikenakan berdasarkan 1000 kali iklan anda dipaparkan. Ianya berbeza dengan CPC yang mana CPC dikenakan bayaran hanya apabila ada audien klik pada iklan anda. 

Dengan menggunakan CPM, anda dikenakan bayaran setiap 1000 kali iklan anda dipaparkan di FB. Apabila iklan anda dipaparkan, anda tetap dikenakan bayaran tak kira terdapat klik atau tidak.

Bayaran yang dikenakan adalah serendah USD0.01 – USD0.05 bagi 1000 kali iklan anda dipaparkan (impression). Anda boleh letakkan nilai bid yang dimahukan.

Lihat contoh di bawah:


3) AutoCPM

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya namakan 2 jenis AutoCPM. Terdapat 2 jenis autoCPM, iaitu AutoCPM promote post dan AutoCPM sidebar.

a) AutoCPM (promote post) – cost per reach

Ini agak berbeza dari CPC dan CPM sebelum ini. AutoCPM ini secara automatik akan digunakan sekiranya anda menggunakan iklan jenis  Sponsored Post.(anda gunakan button ‘promote’ pada post di fanpage anda). 

Kos yang dikenakan adalah berdasarkan reach (sasaran audien yang dicadangkan oleh FB).



b) AutoCPM sidebar

Iklan jenis ini akan digunakan sekiranya anda memilih setting seperti gambarajah di bawah ketika membina iklan anda. Anda hanya letakkan bajet untuk iklan anda, dan pihak pengiklanan FB akan jalankan iklan anda secara automatik. 

Iklan anda dijalankan tanpa merujuk bid CPC,  tanpa merujuk bid CPM, tanpa merujuk jumlah reach sasaran. Iklan anda dijalankan oleh FB berdasarkan bajet yang anda letakkan. (Walaupun agak berisiko menggunakan AutoCPM sidebar ni, ianya boleh dikawal dengan meletakkan nilai bajet yang rendah)


Itulah jenis-jenis kos dikenakan FB bagi tujuan iklan Facebook.

Dan seterusnya..

Anda boleh ketahui prestasi semasa iklan Facebook anda melalui FB Ads Management di https://www.facebook.com/ads/manage


FB Ads Management



Penerangan tentang Ads Management

1) Campaign Reach – Jumlah individu yang telah melihat iklan anda sepanjang tempoh iklan dijalankan.

2) Frequency – kekerapan iklan anda dilihat oleh audien tadi.

3) Social Reach – Jumlah individu yang telah melihat iklan anda dengan nama rakan mereka dipaparkan (social connections). Data ini hanya diperolehi jika anda mempromosikan fanpage.

4) Actions – Jumlah data tindakan yang diambil oleh audien selepas klik iklan yang dipaparkan. Jumlah ini meliputi page photo views, page post likes,  comments, link clicks, page likes dll. (kalau nak tahu orang LIKE, kat sini membantu)


5) Clicks – jumlah iklan anda diklik oleh audien.

6) CTRClick Through Rate, di mana jumlah klik dibahagikan dengan jumlah impression (data impression anda boleh lihat dengan klik butang “full report“). 

CTR menentukan keberkesanan iklan anda dalam menarik perhatian audiens. CTR yang tinggi mampu membantu iklan anda lebih dipaparkan dengan kerap, mendapat klik yang tinggi, dan juga mampu dapatkan kos CPC atau kos CPM yang rendah.

7) Spent – Kos iklan atau kos yang akan dikenakan oleh FB dari akaun pengiklan.

8) Name – nama iklan anda. Anda boleh namakan iklan anda sesuka hati.

9) Status – status iklan anda samada pending review (sedang menunggu kelulusan dari FB), active (iklan anda diluluskan dan sedang berjalan), paused (iklan anda dihentikan) atau delete (iklan anda dibuang).

10) Max Bid – nilai maksimum bid yang kita sudi letakkan.

Itulah serba sedikit tentang pengiklanan Facebook atau nama mudahnya, FB Ads.

Sekian saja.

Jika rasa bermanfaat, SILA LAH “SHARE” ye di wall FB anda.




Bagaimana nak buat iklan facebook? Boleh ajar?

Di bawah, saya tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana untuk buat iklan facebook. Dalam contoh di bawah, saya tunjukkan panduan promosikan fanpage.

Langkah 1: Klik pada “home“, pilih “Advertise on Facebook


Langkah 2: Klik “create ad Ad


Langkah 3: Pilih fanpage yang anda ingin promosikan.

Langkah 4: Ada 3 objektif yang anda boleh pilih. Pilih mana yang selari dengan objektif anda.


Jika anda pilih untuk promosikan fanpage anda untuk dapatkan LIKE, anda boleh pilih ads jenis di bawah.

Jika anda pilih untuk promosikan fanpage anda untuk dapatkan respons pada post, anda boleh pilih ads jenis di bawah.


Langkah 5: Untuk sponsored Stories, terpulang pada anda samada mahu gunakannya atau tidak. Jika tidak mahu, klik “remove“.

 
Langkah 6: Pilih audien anda. (kepada siapa anda ingin iklankan )


Langkah 7: Pilih connections

 
 Langkah 8: Isikan maklumat Campaign, Pricing and Schedule


Langkah 9: Pilih jenis pricing yang anda mahukan.

 
Nota:
CPC – kos iklan anda adalah berdasarkan klik yang diperolehi.
CPM – kos iklan berdasarkan setiap 1000 kali iklan anda dipaparkan
AutoCPM (sponsored story) – kos iklan berdasarkan jumlah reach (audien) yang anda mahukan

Langkah 10: Isikan maklumat bid anda.

 
 Langkah 11:  Klik “review ad

 
Langkah 12: Review ads anda dahulu dan namakan ads anda.

 
Langkah 13: Anda diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit anda.

 
Langkah 14: Isikan maklumat kad debit/kad kredit anda seperti ini.

 
Langkah 15: Seterusnya, klik “skip”

 
Langkah 16: Masukkan password akaun FB anda.



Langkah 17: Anda diminta isikan informasi akaun anda.

  
Langkah 18: Ads @ iklan pertama anda berjaya dibuat. Dan anda perlu tunggu kelulusan dari pihak FB.


 Langkah 19: Ads anda akan dihantar ke pihak FB untuk kelulusan. Biasanya ianya mengambil masa paling cepat 2 minit, dan paling lambat 3 hari. (iklan yang diluluskan juga akan dimaklumkan melalui emel anda oleh FB)

Bagaimana? Boleh ikutinya? Tahniah..

PS – Jika rasa bermanfaat, boleh lah share di FB anda dengan klik “share button” di bawah ye.

 
Promote Post
Promote post juga dikenali sebagai sponsored ads dalam pengiklanan Facebook.

Fungsi ini terdapat di bahagian bawah post di fanpage anda.

Fungsi “promote” pada post timeline

Fungsi ini diperkenalkan oleh Facebook pada pertengahan tahun 2012 ini, untuk membantu pemilik fanpage untuk meningkatkan kadar reach sesuatu post kepada fans mereka.

Sebelum ini..

Sememangnya kalau kita buat post di wall page kita, biasanya bawah 10- 20% saja reach yang kita terima.10- 20% je akan lihat post kita di newsfeed mereka. Itupun jika mereka memang buka newsfeed ketika itu. Untuk dapatkan atas 20% reach, memang agak sukar.
Kerana..
  • Bukan semua fans kita online FB mereka di kala kita buat post. Katakanla kita buat post pagi ini, mereka pula login FB jam 9 malam. Mereka berpotensi untuk tak terima post kita di newsfeed mereka.
  • Mereka sudah tentu LIKE banyak fanpage, subscribe banyak friends, sudah tentu newsfeed mereka sentiasa menerima update yang begitu pantas, sehinggakan mereka tak sempat melihat post kita.
  • Satu lagi, penglibatan fans kita dengan post kita (samada LIKE, komen, Share) juga memainkan peranan..
  • FB newsfeed ni ada algorithm nya sendiri…..

Sebab itu fungsi PROMOTE (button promote di ruangan action post) disediakan oleh FB. Ini bukan bertujuan untuk mengaut untung semata-mata, tapi membantu pengiklan FB beriklan dengan lebih berkesan. 


Post kita akan muncul di kedudukan PERTAMA newsfeed fans/audien yang kita sasarkan. Kelebihannya
  • Post iklan anda lebih besar, jelas berbanding iklan tepi tu..
  • Setiap audien yang berjaya dicapai, akan melihat post kita di awal newsfeed..Sebab itu CTR hasil ads ini mampu capai 5-20%.
  • Anda boleh dapat CPC bawah USD0.03 jika CTR tinggi..(biasanya mudah saja)..Walaupun ianya OPTIMIZED CPM, tapi kita boleh jimat banyak guna cara ni..
  • Sangat sesuai buat fanpage yang dah memiliki kredibiliti, TAT (Talking About This), dan jumlah LIKE melebihi 1000 LIKE…
  • Conversion juga boleh dapat tinggi jika tahu teknik PUSH MARKETING..
Ikuti Langkah-Langkah Buat Iklan Promote Post..

1. Bina post anda terlebih dahulu

Contoh Post yang telah dibina
 2. Lihat button “Promote” di bawah post yang telah dibina tadi.


 3. Klik dan paparan ruang setting iklan akan anda lihat seperti di bawah.

Paparan Setting Iklan

Panduan Isi maklumat ini:

Audience – Anda boleh iklankan post anda kepada fans anda sahaja, atau anda boleh memilih fans dan rakan mereka. (Anda boleh cuba yang pertama dahulu)

Maximum Budget – Anda pilih budget yang anda mahukan. Budget ini adalah berdasarkan slots sasaran Reach yang anda ingin sasarkan. Lebih tinggi reach, lebih tinggi kosnya. (Apapun, anda boleh PAUSE iklan ini selepas ianya dijalankan)

Pilihan budget berdasarkan jumlah audien sasaran

4. Anda akan diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit bagi tujuan billing. (jika pertama kali membuat iklan FB)

5. Klik butang “Promote Post”  untuk pastikan iklan anda berjalan.

Mula Promote Post
 6. Button promote bertukar kepada Promoted jika iklan “post promote” telah dibuat.

Sudah Promote

Begitulah langkah-langkah untuk anda gunakan fungsi “promote” pada fanpage anda.

Apabila iklan anda telah diluluskan oleh pihak FB (biasanya sekejap saja), iklan anda mula dipaparkan di awal newsfeed audien anda. 

Contoh paparan adalah seperti berikut. (Anda dapat lihat perkataan sponsored pada post tersebut. Tiada waktu dipaparkan)

Paparan iklan sponsored post (promote post)
Anda dah faham? Saya harap begitulah! Ini lah kaedah pengiklanan FB ads paling mudah untuk dijalankan, terutamanya buat mereka yang baru.

Tapi perlu ingat..


Setiap teknik pasti ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.


Kelebihan iklan ini – mampu hasilkan CTR yang tinggi di mana paparannya adalah lebih besar, lebih jelas dari paparan iklan biasa (iklan di sidebar tepi FB). Paling efektif jika post anda adalah post promosi produk. Yang menarik lagi, iklan ini berpotensi untuk berikan anda kos iklan yang rendah (bawah USD0.05).

Kelemahan iklan ini – Ianya hanya sesuai apabila anda memiliki fans yang ramai (atas 1000). Jika bawah dari itu, agak kurang efektif. Selain itu juga, iklan ini berpotensi untuk sampai kepada audien bukan sasaran anda (bila anda memilih freinds of fans).
Sekian saja perkongsian dari saya. Jika anda belum cuba fungsi promote post ini, inilah masanya untuk anda gunakan. Selamat beramal!